Pengikut

Isnin, 22 November 2010

‘Korban’ lagi

Jem giler masa perjalanan balik malam raya aritu.. sepanjang2 jalan kat highway PLUS penuh ngan kenderaan, masing2 nak balik kg supaya sempat sembahyang raya dgn sanak saudara.

Akibat dari mengantuk dan keletihan aku terpaksa berhenti rehat dan tidur sebentar di R&R Sg. Perak.. ingatkan nak tidur sekejap jer, abih sumer terlelap sampai pagi. Selepas sembahyang subuh terus kitorang gerak, sempat ler raya kat Gerik sbb dari sini lebih kurang satu jam shj perjalanan.
Citer pasal arnab plak.. angora sekor yg aku bwk balik tu pun dah selamat di’korban’kan. Kakak aku yg kat Penang tu wat masak kari.. kawww punyer.


Eksotik nih, dah siap potong.




Yg ni mesti ada.. sebiji kelapa parut.


Betik muda.. ganti ubi kentang.

Belum siap lagi ni, santan belum masuk.

Resepi Penang mai, kena ngan nasik panas2. Berpeluh2 aku makan nasik tengahari tu.. abih gak tiga pinggan.. eheh

Selasa, 16 November 2010

Jom balik kampung

Aku satu family buleh balik kg lagi raya haji ni, boss dah approve cuti.. yeehoooo...

Aku berkira2 lepas sembahyang raya kat sini baru nak balik, tp mak aku tepon bagitau dia dah ada kat umah mak dia kat Gerik (Opah aku ler tu), raya kat sana.. terus ubah plan, kitorang akan balik malam ni gak.. dpt ler beraya ngan mak aku ngan Opah kat Gerik. Pastuh terus gerak balik Sik ramai2 petang raya tuh.

Kepada yg akan balik kg.. hati2 semasa memandu, ingatlah orang tersayang..

Sambil tu aku nak bawak balik seko angora.. nak ikut aku balik kg katanya, umo dah setahun lebih.. dapat le buat ‘korban’ lagi.. eheh
Agak2 korang masak apa sedap nih? Banyak gak isi ni...

Ahad, 14 November 2010

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha 1431H

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua…

Semoga ibadah korban yg akan dilakukan taun nih dilaksanakan dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan supaya dapat diterima olehNya.. moga kita menjadi hambaNya yang patuh dan taat.

Citer pasal korban nih, hari ni aku sempat ‘korban’kan seko arnab angora, anak si Suri dari kelahiran terdahulu (sini) umo dah hampir lapan bulan… tiba2 jer rasa nak makan arnab goreng hari ni.

Goreng pun sodap, isi lembut jer… kejap je abih licin.

Isnin, 8 November 2010

Makanan tambahan – buah-buahan

Bawah nih antara jenis buah-buahan yg aku pernah bagi kat induk arnab. Tak kira jantan ke betina, sumer suka buah2 nih.. bagus utk kesihatan katanya. Biasanya aku bagi dlm kuantiti yang sikit jer, takut tercirit plak kalu makan banyak2.

Buah betik ni buleh dipotong dadu.. bagus utk arnab yg terkena ‘wool block’.


Buah lai..

Buah mulberry masak.. kalu buat jem, kena plak ngan roti.. fewwww… pastuh tiap kali berbuah konfem arnab korang x sempat nak merasa buah dia, tuan dia dok kutip makan.. eheh

Raya aritu mama aku sempat wat ‘mulberry cupcake’, masuk raya kedua dah abih.. ramai yg suka.

Buah mangga masak.. Aku pun tak tahan ngan buah ni, kalu 3 biji camni.. kejap jer abih.