Blog ni aku hasilkan untuk berkongsi minat membela arnab dengan peminat-peminat arnab di luar sana. Pada masa yang sama jugak aku akan berkongsi kesukaan aku yang lain-lain…
Pengikut
Isnin, 30 Ogos 2010
Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!
Anak aku yg sulung tuh tanya.. "papa.. kenapa letak bendera kat keta?"
"Bendera tu sbb kita nak sambut merdeka.. tiap2 kali sambut merdeka kita kena kibarkan bendera nih" x tau ler dia paham ke tak.
"ooo.. camtu yer.. apa merdeka tu papa?" dia tanya lagi.
Ahh! sudah.. camne aku nak bg dia paham nih, budak baru 4 taun.
"Ok.. camni, merdeka ni maksudnya kita bebas nak buat apa2 saja yg kita suka, suka ati nak pegi mana2.. xder org ganggu, xder org arah buat itu, buat ini.. lagi xder org nak marah2 kat kita.." panjang lebar aku cuba explain kat dia.
"Bila merdeka ni papa?" banyak plak soalan budak nih.
Sbg bapak yg mithali aku jwb gak ler.. "kita sambut setaun sekali jer.. 31hb Ogos nih".
"ooo.. kalau camtu papa ngan mama x boleh marah2 kat kakak ler ari tu nnti. Kakak nak makan aiskrim banyak2, nak main pop-pop 3 kotak.. kakak sorang jer tau, xnak kongsi ngan Fahmi, ngan Sara".
Ahh! budak nih.. kena aku. Nasib baik bulan posa.. sabo jer la.
Selamat menyambut Hari Merdeka yg ke53 wehhh...
'1 Malaysia Menjana Transformasi'
Ahad, 29 Ogos 2010
Anak-anak Suri
Yg mana satu?
Tu ha.. yg kat sebelah kaler kelabu tuh.
Yg nih kasi ‘close up’ sket..
Nampak? Setakat arinih aktif jer dia..
Sabtu, 28 Ogos 2010
Akhirnya…
Akhirnya... korang tengok ler sendiri gamba kat bwh nih.
Dia dpt anak kembar 6.. aku plak yg terlebih excited skang nih. Harap2 dpt membesar dgn sihat.
Jumaat, 27 Ogos 2010
Mili plak cabut bulu
Rabu, 25 Ogos 2010
Suri dah beranak
Selasa, 24 Ogos 2010
Suri dah mula cabut bulu
Kalu ikut pengalaman aku sebelum nih, mungkin mlm nih dia beranak, x pun esok pepagi..
Tungguuu...
Ahad, 22 Ogos 2010
Meraba arnab bunting
Menunggu kelahiran
Mili pun sama.. due dia lewat sehari jer dr Suri.. dia nih lg x sabar2 nak beranak, sejak dr semalam dok cabut bulu wat sarang.. nak kata bunting palsu, aku rasa ada ‘isi’ lam perut dia tuh.. kelam kabut aku masukkan nestbox, pastuh masukkan carikan paper sket.. kot2 dia dah nak terberanak. pastuh dia plak kelam kabut wat sarang. Tp sampai arinih x beranak2 lg.. kalu ikut pengalaman aku, tanda2 mcm nih utk ibu2 yg dah sampai masa nak beranak. Sabo jelah aku..
Putih plak baru nak masuk minggu ketiga.. aku baru jer dpt rasa ketul2 dlm perut dia, ingatkan arituh x menjadi.
Si Dini plak sampai skang x bunting2 jugak lagi.. aku cuba kawinkan semula dia ngan Tapa. Tp sampai skang dia dok jual mahal, si Tapa tuh nak ajer, x kira masa... dah menopaus gamaknya Dini nih..
Khamis, 19 Ogos 2010
Makanan tambahan - hampas kacang soya
Camana aku buat? Biasanya aku goreng tanpa minyak lebih kurg 15 minit (kalu basah buleh lajak sampai 20 minit).. sambil tuh buleh masukkan garam sket secukup rasa, xyah bebanyak. Tp goreng jangan sampai kering sangat, nnti arnab kerap tersedak masa makan. Setakat nih sumer arnab aku x penah tolak kalu dapat benda nih.. abih licin diorang makan.
Jumaat, 13 Ogos 2010
Tanam semula
Rumput napier yg sedia ada
Tanam semula.. utk generasi akan datang
Yg nie plak pokok mulberry.. aku tanam kat depan umah, nie baru lepas kena pangkas ranting dia
Yg dah kena pangkas td aku semai balik kat dlm pasu.. ada yg aku masukkan terus kat dlm polibeg utk tanam kat belakang umah plak. Daun2 dia ada yg aku jemur sampai kering utk anak arnab, yg kaum bapak ngan ibu2 xyah jemur pun.. diorang memang suka mkn yg fresh.
Selasa, 10 Ogos 2010
Ramadhan al Mubarak 2010 / 1431 Hijrah
Moga diberkati dan dirahmati serta segala amalan diterima olehNya.
Selamat berpuasa kpd semua, geng2 penternak arnab dan peminat arnab dr Cool Rabbit.
Selasa, 3 Ogos 2010
Balik kampung lagi wehhh
Balik kg ni pun mak aku gak tepon suruh balik (dia rindu aku jugak kot.. ehehe), sbb skang nih musim buah tengah dok masak.. kang balik bulan posa, pakat2 tenung jer la buah2 tu kat atas pokok... dah malam kalu, mana nak lantak nasik, ayam golek, char kuey teow, air tebu, laici kang.. aku ingat lg posa taun lepas, pakat2 bwk pegi surau utk jamuan moreh.. pastuh pakat2 bawak balik umah, sbb masing2 dah kenyang ngan segala mak nenek kuih..
Rambutan anak sekolah.. isi mudah lekang
Cempedak kawin, goreng pun sodap (tp aku suka makan camtu jer)