Pengikut

Ahad, 25 April 2010

Makanan tambahan - tumbuhan hijau

Bawah nih antara pokok2 yg aku tanam sekitar luar sangkar arnab kat belakang umah aku tuh. Kesemua pokok nie aku amik dan jemur dulu sampai layu sket, baru bagi diorang makan. Selalunya x penah ler diorang tolak, elok jer makan sampai abih.

Rumput napier (ada arnab suka makan yg fresh)

Pokok mulberry (buah dia pun arnab suka.. yg dah masak ler)

Daun betik (kena jemur sampai kering spy getahnya hilang.. buah dia pun arnab suka gak)

Ulam raja (arnab suka makan yg fresh)

Ada jugak pokok2 yg tumbuh sendiri kat belakang umah aku. Pokok2 nih aku x amik bg diorang makan dlm sangkar tp diorang pilih sendiri kat luar sangkar. Kalu aku lepaskan sumer arnab nih kat luar, berselera jer diorang pelahap daun2 pokok nih. Mcm tu jugak ngan pokok2 herba yg sesuai ngan arnab terutamanya dlm musim yg x menentu skang nih.

Daun kunyit

Keladi lambuk (keladi nih aku pun suka, sbb x gatal)

Pokok pecah batu / pecah kaca

Pokok herba ati2 hijau (kat kg aku diorang panggil pokok kapur barus)

Ahad, 18 April 2010

Arnab giant - Flemish Giant

Dapat jugak aku arnab bersaiz besar nih, jenis FG utk dijadikan baka dlm rabbitry aku. Masa pegi jalan2 kat tempat Shamza semalam, mama aku berkenan kat FG nih. Dia ckp "besonye arnab nie, amik le wat baka". Tanpa banyak soal aku terus angkat sepasang. Dua2 nih masih junior lg, umur hampir 4 bulan dan berat dah lebih 2 kg.

Yg nih jantan, aku kasi nama Mahat.

Yg ni plak betina, nama dia Tijah. Masih dara lg nih. Tunggu ler 3 ke 4 bulan lg, baru buleh try kawinkan diorang nih sbb FG ni lambat sket nak matang.

Khamis, 15 April 2010

Anak-anak Suri



Ni ler anak-anak Suri, dah besar sket. Anak dia ada 5 eko dlm litter nih.. nestbox dia aku buat dari bekas sayur peti ais yg dah rosak. Aku pecahkan bahagian depan dan terbalikkan kotak tuh, pastu letakkan pelapik atas lantai jaring camtu jer. Suri nih suka buat sarang dlm tempat yg tersorok sket, konon2nya dia beranak dlm lubang ler. Buat masa skang nih sumer anak dia hidup lg.. harap2 sumer sihat walafiat sampai besar. Gambar atas tuh masa diorang umur 13 hari, tp x bukak mata lagi. Lagi satu tuh masa umur 18 hari, dah bukak mata dan mula makan sendiri.


Haa.. ni plak masa diorang umur 22 hari. Empat eko anak dia sebijik cam Suri, putih satu badan dan mata merah, sekor lagi kaler itam campur kelabu (kaler ape ni wehh). Gambar nih aku snap pg tadi masa bagi diorang makan sebelum pegi keja. Macam ni lah rutin aku tiap2 pagi, kasik diorang makan dulu sebelum tuan dia makan.. ehehehe

Rabu, 14 April 2010

Makanan utama

Arnab peliharaan amat memerlukan penjagaan dan bekalan makanan yg cukup. Penternak disarankan agar tidak memberikan sisa-sisa makanan yg telah basi, berkulat dan sebagainya.

Dalam penternakan arnab skang nih makanan pellet merupakan makanan utama yg diberikan. Makanan berbentuk hijau hanya diberikan mengikut keperluan sahaja seperti rumput, sayur-sayuran atau daun-daun. Selain itu ia juga boleh diberikan makanan tambahan seperti konsentrat, rumput kering (hay) dan biji-bijian.

Skang nih aku bagi pellet jenis Bengy (kod 6088) kpd sumer arnab aku. Diorang suke jer makan.. tapi kadang2 kalu stok pellet ni abih kat kedai aku beli pellet cap Bendera (kod 188). Pellet nih murah sket dari Bengy kat sini, tapi problemnya aku x tahu apa kelebihan pellet nih sebab xde maklumat pemakanan kat luar guni tuh. Aku lebih konfiden ngan Bengy sebab crude protein die buleh tahan ler. Nanti aku update tentang jadual pertukaran pellet plak.

Isnin, 12 April 2010

Induk angora

Ni Suri, satu-satunya induk angora yang aku ada. Dia ni induk yang sangat produktif dalam rabbitry aku. Aku beli dia ni dari sebuah pet shop sekitar Kajang awal tahun lepas. Sampai la ni dah banyak kali beranak, kalau tak silap aku dah 6 kali. Masa aku ambik gambar ni dia ada anak 5 ekor, lahir pada 25/3/2010.. kalau korang perasan belakang dia ada nampak nestbox tu, ha.. dalam tu ler anak dia. Nanti aku update anak dia lak, biar le besar sket.


Yang ni plak Resat, aku beli dari pet shop sekitar Kajang ni jugak awal Januari arituh, nak buat laki baru si Suri. Tapi tak sama tempat ngan Suri, lain-lain tuan. Banyak wehh pet shop kat Kajang nih. Masa beli arituh tuan asal dia kata dah 4 bulan, kiranya skang dah 7 bulan ler gamaknya. Muda lagi nih dia ni.. masih junior, baru mula nak menggatal, tapi kalau aku lepas kat luar sangkar tak cukup tanah dia lari kena kejar dek rabbit lain. Sebelum ni aku ada jantan angora memang laki Suri tapi dah otai sangat, apalagi aku potong buat sambal kicap... hehehehe (sedap woo).

Ahad, 11 April 2010

Clash of the Titans

Ni ler salah satu kesukaan aku time bujang dulu sampai le skang, walaupun dah anak 3.. tengok wayang. Selalunya dengan orang umah aku le time cuti weekend, dulu tengok ngan awek.. (dia le jugak awek aku dulu, kang aku cakap org lain mau dia ngamuk satu umah). Tu tandanya dia sayang kat aku.. eheheh

Ari ni sempat pegi tengok citer ni, Clash of the Titans kat TGV Jusco Cheras Selatan (menonton filem ini di atas pertimbangan anda sendiri), kadang-kadang pegi yang dekat Alamanda, Putrajaya. Aku puas ati ler tengok, dalam 5 bintang aku kasi 4… kalu citer Avatar dulu aku kasi 5 bintang… walaupun bayar 22 hengget, rasa berbaloi-baloi. Citer dia versi lain dari Percy Jackson & the Lightning Thief, kalu dulu anak Poseidon jadi hero dan bunuh Medusa dan lawan sesame diorang (offspring puak2 dewa nih), tapi citer ni anak Zeus plak yang jadi hero dan bunuh Medusa. Pastu lawan ngan Hades. Lain-lain korang tengok ler sendiri. Kalu aku citer lebih-lebih nanti xde best plak korang nak tengok.

Macam-macam citer dah aku tengok. Aku tak tetapkan kategori movie, yang mana aku rasa menarik aku ajak le orang umah aku tuh pegi. Bawah ni antara citer yg aku pernah tengok.

2008

1. Vantage Point
2. Indiana Jones - Kingdom of Crystal Skull
3. Incredible Hulk
4. Hancock
5. the Mummy 3 - Tomb of the Dragon Emperor
6. You don’t mess up with Zohan
7. the Spirit

2009

1. Bedtimes Stories
2. Dragon Ball
3. Ice Age 3 - Down of the Dinosaurs
4. Harry Potter - and the Half Blood Prince
5. Planet 51
6. Twillight Saga - New Moon
7. the Princess and the Frog
8. Avatar

2010

1. Alvin & the Chipmunk 2
2. Sherlock Holmes
3. Old Dogs
4. Tooth Fairy
5. Percy Jackson & the Lightning Thief
6. How to Train Your Dragon

Jumaat, 9 April 2010

Terkenang-kenang... 2008

Lebat hujan ari nih kat luar tuhh.. rasa malas sumer datang, dalam dok melayan perasaan syahdu pagi nih aku terkenang-kenang macam mana aku mula bela arnab kat sini. Ni cerita 2 tahun dulu...

Sepanjang tahun 2008 kebanyakannya anak-anak arnab aku tak sempat berumur 5 bulan kerana aku ngan anak-anak aku (yang sulung ngan nombor 2) amat menggemari arnab goreng dan arnab masak sambal kicap… hehehehe (bini aku tak makan, geli katanya) tapi kalu aku potong, dia yang tolong pegang… boleh plak camtu.

Kebetulan kesemua anak aku termasuk yang bongsu kena asma/semput, sekurang-kurangnya sebulan 2 kali kena ambil gas kat hospital, doktor siap bekal dengan liquid ventolin. Mak aku kat kampung (kampung aku kat Sik, Kedah nuu) beri petua suruh makan arnab goreng ataupun masak le apa-apa pun, ikut selera tekak. Sekarang ni tinggal yang bongsu je ada sikit-sikit lagi, tak ler sampai tahap akut. Lepas ni aku nak potong yang lop eared plak, cepat sikit baik kot… hik..hikk

Khamis, 8 April 2010

Induk lop ear

Ari ni aku nak kongsi induk lop eared aku plak ngan korang, buat masa nie sepasang ni je lar yang aku ade.. hasrat hati memang nak tambah lagi. Yang ni aku bagi nama Dini, aku beli dari sorang breeder dari Selayang hujung tahun lepas. Dia pernah beranak sekali, banyak juga 8 eko. Aku terpaksa tumpangkan separuh anak dia kat ibu lain, sebab kurang susu. Pastu anak yang tinggal ngan dia aku buat manual feeding. Seko anak dia pun xde ngan aku skang kerana ada orang lain lebih berminat nak jaga...

Yang ni plak laki si Dini, nama dia Tapa. Aku dapat dari breeder yang sama kat Selayang tu, ganas jugak le si Tapa ni. Kalu aku lepas kat luar habis semua betina nak dikejarnya. Tapi aku sayang dia sebab dia manja ngan aku, tak pernah gigit aku, kalu orang lain aku tak tau ler... heheheh

Rabu, 7 April 2010

Induk local yang aku simpan

Induk ni aku bagi nama Mili. Aku dapat dari jiran belakang rumah pada tahun lepas, dia bagi free jer sebab dah tak nak bela. Dalam banyak-banyak anak dia aku simpan sekor jer untuk buat induk, si Putih.. yang lain-lain ada yang aku potong buat lauk dan ada aku lego, cover kos beb... ehehhehe

Ahaa.. ni la Putih anak si Mili yang tinggal ngan aku. Aku bagi nama Putih sebab satu badan dia warna putih, mata merah lagi. Dah banyak kali beranak, kalu tak silap aku dah 4 kali dia beranak.

Yang ni plak aku bagi nama Tipah. Aku beli dari jiran aku di kampung, baru sebulan ngan aku. Tak pernah beranak lagi ni, masih dara tau.

Yang ni Milah, aku beli sekali ngan Tipah. Dia pun tak pernah beranak lagi, masa aku ambik gambar ni dia tengah siapkan nestbox tapi sampai sekarang tak beranak-beranak pun. Bunting palsu gamaknya.. xperla nanti aku kawinkan semula.

Selasa, 6 April 2010

Kisah bermula…

Alhamdulillah.. dapat jugak aku mulakan blog nie dengan tujuan untuk berkongsi minat dan hobi aku membela arnab dengan peminat-peminat arnab di luar sana. Aku mula membela arnab pada awal tahun 2008 dengan sepasang induk arnab local yang aku beli dari sebuah pet shop di sekitar Kajang.

Selepas sebulan arnab aku mula membiak sehingga penuh sangkar di belakang rumah. Arnab ni bunting hanya sebulan aje, jumlah anak ikut kesuburan induknya… setakat ini ada yang beranak paling sikit sekor jer (biasanya aku tumpangkan kepada ibu lain kalau ada yang beranak jugak ler) dan paling banyak 8 ekor.

Sekarang nie yang tinggal dengan aku sepasang angora, sepasang lop eared dan beberapa ekor induk local

Ok… nanti aku update gambar ngan pengalaman lalu aku, cau dulu.

Wasssalam